Virus shortcut adalah sejenis virus yang sering menyerang fail-fail yang berada pada pendrive dan hard disk. Secara umumnya, virus shortcut ini sering kali menjangkiti fail-fail yang berada pada pendrive dan hard disk melalui kedai-kedai fotostat atau printer dan siber kafe.
Virus shortcut ini bukanlah virus yang berbahaya kerana ianya cuma menyembunyikan fail-fail anda dan sejurus kemudian mencipta fail shortcut. Namun ramai para pengguna yang masih keliru dan takut apabila pendrive dan hard disk mereka dijangkiti virus shortcut ini. Langkah singkat yang biasa diambil ialah format. Relaxlah kawan... jangan risau... kerana saya ada tips yang ingin dikongsikan dengan anda untuk menyembuhkan pendrive dan hard disk anda tersebut.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Pergi ke START dan tekan All Programs. Kemudiannya, cari folder Accessories dan run Command Prompt as administator.
2. Andaikan pendrive atau hard disk anda adalah F, sila taip F pada Command Prompt.
3. Sila copy Attrib -h -r -s /s /d g*.* dan paste pada Command Prompt.
4. Kemudian tekan ENTER.
5. Siap dan sila lihat fail-fail anda pada pendrive dan hard disk. Sudah pulihkan
09:17
Suke3

Posted in:
0 comments:
Post a Comment