Selamat Datang!

Please wait..30 Seconds Tutup

Saturday 16 November 2013

Ingin belajar programming? Website yang menarik dan berinteraktif.

Assalamualaikum kepada member-member dan pembaca compnet sekalian. Kali ini compnet akan berkongsi beberapa website untuk belajar programming yang menarik dan berinteraktif. Kita boleh belajar, compile dan mencuba terus coding kita secara live melalui website yang berinteraktif ini. Berikut adalah website-website tersebut:




1.Codecademy
 - Codeacademy menyediakan beberapa bahasa programming seperti Web  Fundamentals, PHP, JavaScript, jQuery, Python, Ruby dan APIs. Setiap sesi pelajaran akan menerangan coding dan menyediakan coding yang perlu. Jika terdapat ralat ataupun error pada coding, ia akan memberitahu dimana kesilapan coding tersebut

2.Code Avengers
 - Sesiapa yang hendak belajar bahasa programming seperti offers HTML5, CSS3 dan JavaScript boleh ke Code Avengers ini.

3.Code School
 - Code School pula dibahagikan kepada beberapa bahagian bahasa programming utama seperti Ruby, JavaScript, HTML/CSS dan iOS.

4.Treehouse
 - Treehouse lebih kepada projek pembangunan perisian berdasarkan objek. Ia sesuai kepada sesiapa yang mahu ataupun telah membuat website dan ingin menghaluskan lagi kreativiti mereka, boleh belajar di Treehouse ini.

5.LearnStreet
 - LearnStreet menyediakan bahasa programming seperti JavaScript, Python dan Ruby belajar untuk permulaan ataupun beginner leaner.

6.Udacity
 - Udacity menyediakan pelajaran berdasarkan video dan tutorial untuk menerangakan teknik programming. Selain itu terdapat juga kuiz untuk kita yang hendak belajar programming.

7.CodeHS
 - CodeHS menyediakan bermain sambil belajar dimana ia menyediakan permainan yang interaktif dengan bahasa programming sambil kita menyelesaikan masalah yang terdapat dalam permainan tersebut. Permainan tersebut seperti, kuiz, teka-teki dan permainan menyelesaikan masalah.

8.Khan Academy
 - Khan Academy menyediakan video tutorial untuk belajar bahasa programming.

9.Scratch 2.0
 - Scratch 2.0 program dari MIT dan menyediakan offline software dimana kita boleh membuat perisian secara offline dan berkongsi hasil pembangunan perisian yang telah kita buat.

10.SQLZOO
 - SQLZOO menyediakan perkhidmatan untuk menarik minat kita belajar bahasa SQL dengan pendekatan antaramuka yang berinteraktif dan menarik.


Sila Bookmark pada browser anda supaya anda tidak lupa mencari dimana ataupun Google. hehe :)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review