Selamat Datang!

Please wait..30 Seconds Tutup

Tuesday 5 November 2013

Kelebihan menggunakan LINUX

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian. Kali ini saya akan membuat satu bahan bacaan atau untuk rujukan kepada semua pembaca-pembaca sekalian. Artikel kali ini mengenai kelebihan menggunakan Linux. 







 1. Kebebasan / Freedom :
- Kebebasan disini bermaksud kebebasan pengguna sistem operasi tersebut, LINUX. Ia bebas dimuat turun dan digunakan tanpa sebarang bayaran yang dikenakan. Ia juga bebas untuk disebarkan kepada rakan-rakan dan lain-lain lagi. Selain itu, ia juga bebas untuk diubah suai kod-kod atau sumber kos/ source code mengikut kehendak terhadap LINUX tersebut bagi yang pakar.


2. LINUX stabil:
-  LINUX tidak ada sama skali B.O.D . Ini adalah kerana LINUX  berbeza dengan WINDOWS.


3. Bebas dari ancaman virus:
- LINUX bebas dari ancaman virus seperti windows yang selalu didatangi dengan kelakuan virus yang aneh dan pelik yang boleh merosakkan sistem operasi tersebut. Tetapi LINUX juga ada antivirus untuk diinstall jika perlu tapi pada kenyataannya, sesuatu kernel atau program yang dibuat oleh komuniti, ia terlebih dahulu akan ditapis oleh orang-orang yang pakar dalam LINUX itu sendiri sebelum dilepaskan kepada pengguna-pengguna LINUX yang lain dan itulah diantara sebabnya LINUX ini bebas dari ancaman virus. Dan sebab itu dikatakan install antivirus jika perlu pada LINUX ini.





4. Sokongan Komuniti:
-  .LINUX ini dibuat/diolah atau diprogram oleh komuniti. Komuniti LINUX ini  ada diseluruh dunia. Seperti yang saya katakan tadi, ia akan ditapis oleh orang-orang yang pakar LINUX itu sendiri sebelum dilepaskan kepada umum. Sebarang masalah boleh rujuk kepada komuniti LINUX itu sendiri.



5. Reboot/Restart yang cepat:
-  LINUX tidak seperti WINDOWS dimana ia tidak memerlukan masa yang lama untuk reboot/restart.

6. PERCUMA:
- Kebanyakkan perisian aplikasi LINUX semua ada PERCUMA mahupun untuk mengemaskini atau update sistem LINUX tersebut. Seperti LINUX itu sendiri, boleh saja menggunakan aplikasi-aplikasi yang ada dalam LINUX dengan percuma tanpa sebarang bayaran.




7. Internet:
- LINUX juga dikatakan sangat lancar bila melayari internet. Selain itu, LINUX sangat efficient apabila terdapat internet kerana LINUX memerlukan sambungan internet untuk mengemaskini LINUX tersebut.






Kesimpulannya, LINUX ini sangat sesuai digunakan untuk kegunaan harian kita. Ia boleh didapati DISINI  dimana kita boleh melihat statistik semasa muat turun LINUX terkini yang popular dan terbanyak. Selamat mencuba! =)









0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review