Selamat Datang!

Please wait..30 Seconds Tutup

Wednesday, 9 November 2011

Archbang: Arch Linux untuk Pengguna



Arch Linux merupakan salah satu distro Linux yang paling pantas dikalangan distro Linux yang lain seperti Ubuntu, Opensuse, Linux Mint, Fedora atau Gentoo. Seperti Ubuntu, Opensuse dan Fedora, Arch Linux adalah distro Linux yang menggunakan pempakejan "binary". Ini bermakna semua perisian di dalam sistem Arch Linux telahpun siap dibina oleh pembangun-pembangun Arch sebelum di pasang ke komputer pengguna. Ini berlainan dari distro Linux seperti Gentoo yang memerlukan penggunanya untuk membina kod sumber sesebuah perisian. Untuk mengetahui perbezaan lebih lanjut mengenai  pempakejan "binary" vs "compiling" lihat di sini. Walaupun menggunakan sistem pempakajan berasakan "binary", Arch Linux masih dapat menandingi kepantasan distro yang berasaskan kod sumber seperti Gentoo.

Namun, Arch linux mempunyai kelemahan yang jelas berbanding distro lain seperti Ubuntu, Opensuse atau Fedora. Pemasangan distro Arch Linux memerlukan tahap kepakaran yang agak tinggi. Pengguna setidak-tidaknya perlu mengenali pakej-pakej yang diperlukan oleh sistem tersebut untuk berfungsi. Ini menghadkan penggunaan Arch Linux hanya kepada mereka-mereka yang tahu cara-cara memasangnya.
Disebabkan itu, terdapat pembangun-pembangun Linux telah membina satu lagi distro Linux yang berasaskan Arch Linux yang jauh lebih mudah untuk dipasang dan digunakan oleh pengguna-penguna yang tidak mempunyai kepakaran untuk memasang dan menggunakan distro Arch Linux. Distro tersebut adalah ArchBang. ArchBang mempunyai segala kelebihan dan kepantasan Arch Linux tetapi dalam bentuk yang lebih mesra pengguna. Dibawah adalah perbandingan diantara Arch Linux vs Archbang.
                                              Arch Linux ( di bawah ); ArchBang( di atas )

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review