Ini adalah post pertama saya. Harap maaf kalau tak profesional sangat.
Ada banyak untuk belajar mengenai cara-cara untuk membina dan mereka bentuk laman web.
Antara cara yang paling mudah dan murah untuk menguasai ialah dengan menonton video tutorial yang banyak terdapat di Internet. Namun tidak mudah untuk mendapatkan video-video yang berkualiti dan mudah difahami. Kebanyakan video-video ini menggunakan kosa kata dan teknik yang hanya mampu difahami oleh orang-orang yang mempunyai pengetahuan mengenai bahasa pengaturcaraan komputer. Ini boleh menyukarkan mereka yang baru hendak belajar mengenai reka bentuk dan pembinaan laman sesawang untuk belajar.
Akan tetapi, ada terdapat laman sesawang yang menyediakan tutorial yang dapat membantu orang-orang yang ingin mempelajari cara-cara untuk mereka dan membina laman sesawang. Antara laman sesawang yang menyediakan tutorial tersebut adalah teamtreehouse.com.
Laman ini bukan sahaja menyediakan tutorial dalam bentuk video yang dapat difahami oleh pelbagai peringkat dari "beginner" sehinggalah "expert" atau "veteran" dalam pembinaan dan perekaan laman sesawang, mereka juga membolehkan pengguna untuk belajar secara berperingkat dan teratur mengikut tahap yang sepatutnya dimulakan.
Untuk mereka yang berminat bolehlah melayari website teamtreehouse.com dan memulakan perjalanan anda sebagai seorang pereka dan pembina laman sesawang yang hebat!(cehh :P)
10:03
Unknown

Posted in:
0 comments:
Post a Comment